ONEXOX
BannerFans.com

Sebab larangan jual buku Biografi Anwar, Evolution of Muslim Democrat di MPH

on Saturday, February 15, 2014

Kedai buku MPH telah memutuskan untuk tidak menjual buku Biografi Anwar, “Evolution of Muslim Democrat” dirangkaian kedainya. Disyaki kerana kedai buku tersebut dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN, kata Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran.

“Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan. Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary.

“Jika disebabkan desakan politik orang atasan, itu tidak wajar. Sepatutnya semua buku dijual (tanpa ada sekatan politik), ” kata Surendran kepada Keadilandaily.



Tindakan tersebut tidak profesional dan MPH sepatutnya mengekalkan intergritinya yang bebas tanpa mengikut petunjuk golongan politik tertentu, kata Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin





“Buku-buku tentang tokoh politik, memoir seperti tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) oun ada dijual di MPH.

“MPH kena pertahankan intergriti. Tindakan MPH ini merupakan tindakan yang tidak profesional,” kata Khairul.

MPH bookstore mengesahkan perkara tersebut. Buku-buku masih boleh diperolehi Borders dan Kinokuniya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved