ONEXOX
BannerFans.com

Daging babi dibaling ke dalam masjid

on Saturday, February 15, 2014

Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan  Masjid Cherok Tokun,  Machang Bubuk, Pulau Pinang hari ini.

Ketua CID  Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.



“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.

Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.





Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved