ONEXOX
BannerFans.com

Ugutan Tampar: Teresa Kok Buat Laporan Polis

on Friday, February 7, 2014

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok membuat laporan polis terhadap sekumpulan NGO yang pada Khamis, menawarkan ganjaran RM500 untuk sesiapa sahaja yang dapat menampar beliau.

Teresa, pada Jumaat berkata beliau kecewa apabila kumpulan itu telah mengancam seorang wanita, terhadap apa yang dianggap sebagai isu yang tidak wujud.

"Saya tidak berkata apa-apa tentang hak-hak Melayu atau orang Islam di dalam video itu. Semuanya hanya sindiran politik dan mereka menjadikannya seolah-olah saya menghasut kebencian terhadap orang Melayu dan umat Islam.

"Saya rasa kenyataan mereka melanggar undang-undang dan saya berharap pihak polis akan menyiasat perkara ini.



"Saya juga tertanya-tanya jika ahli-ahli politik dalam Barisan Nasional tidak kisah jika NGO membuat ugutan terhadap wanita. Mereka boleh untuk tidak bersetuju dengan video saya, tetapi adalah lebih baik jika mereka membuat pendirian mengenai keganasan terhadap wanita," kata Teresa, di luar Balai Polis Tun HS Lee.

Diapit oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan orang ramai, beliau menyifatkan tawaran RM500 untuk menamparnya sebagai tidak masuk akal.

"Sesiapa yang memerlukan RM500, saya mampu memberikannya kepada merekalah," katanya berjenaka.





Pada Khamis, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia membuat bantahan di Jalan Tun Perak berhubung penerbitan video Teresa.

Mereka juga menawarkan ganjaran RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa. Ganjaran itu kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200.

Mereka kemudian menyembelih ayam dan melumurkan darah di atas kain rentang dengan gambar pimpinan DAP dan PKR.

Ini adalah ancaman terbaru yang diterima Teresa yang mengatakan beliau juga telah menerima ugutan SMS dan panggilan yang tidak masuk akal di tengah-tengah malam selepas dia memuat naik video Tahun Baru Cina 27 Januari lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Tau lak lahanat haram jadah kapir ni takut. Buat laporan polis bagai. Shit!!


February 7, 2014 at 10:34 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved