ONEXOX
BannerFans.com

Wan Azri @ Papagomo Diperintah Bayar RM850,000 Fitnah Anwar Ibrahim

on Friday, February 28, 2014

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat perintah Wan Muhammad Azri Wan Deris ( tengah) yang didakwa sebagai blogger Papagomo bayar ganti rugi RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana siar tulisan dan gambar yang didakwa fitnah Ketua Umum PKR itu pada Mac tahun lalu.

Azri juga diperintah bayar RM50,000 kos guaman.

Tulisan dan gambar berkenaan ialah berkaitan seorang lelaki dan seorang lelaki lain di dalam sebuah bilik.



Persuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop juga putuskan Azri ialah Papagomo.

Azri bagaimamanapun tetap menafikan dia Papagomo.





“Kami mungkin sama tetapi saya bukan Papagomo. Ia seperti Anwar dalam gambar, dia menafikan itu dia,” katanya.

Azri yang tampil di mahkamah dengan baju bertulis ‘U Ulang I Saman’ juga menafikan dia akan menulis dan siar gambar yang memfitnah Anwar.

Ditemui wartawan kemudian, Azri berkata dia akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu ke mahkamah yang lebih atas.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved