ONEXOX
BannerFans.com

Abang kepada gadis yang maut dalam konsert tampil luah isi hati

on Monday, March 17, 2014

Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan kematian beberapa remaja dalam konsert ‘Future Music Festival Asia’ di Stadium Bukit Jalil. Melalui laporan berita,  Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan sehingga mengalami sesak nafas.

Tidak cukup dengan itu, gambar-gambar mangsa turut disebarkan dalam blog-blog dan media sosial. Namun, abang kepada salah seorang gadis yang meninggal dunia tampil meluahkan isi hatinya mengenai kejadian itu di dalam Akaun Facebook adiknya sendiri, Sabreena Kamarudin. Baca luahan hati beliau:



Assalamualaikum,

Pada 15 Mac 2014, adik saya Sabreena binti Kamarudin telah kembali ke rahmatullah. Saya tidak menafikan apa yang dikatakan oleh media massa tentang apa yang berlaku, di mana adik saya terlibat dengan satu konsert dan telah meninggal dunia.

Arwahyarhamah merupakan seorang yang sangat baik hati, disayangi serta disenangi oleh ahli keluarga dan juga kawan-kawannya. Ramai pihak yang tidak mempercayai apa yang telah berlaku, terutamanya para guru dan sahabat handai kerana perwatakannya yang lemah lembut dan baik budi pekerti sejak dari kecil lagi. Saya sebagai abang turut terkejut dengan berita ini, dan sehingga ke saat ini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa adik saya telah kembali kepadaNya dalam keadaan begini. 

Saya masih terlibat dalam proses menyiasat dan mencari informasi tentang apa yang telah berlaku, dan saya tidak akan berhenti sehingga nama adik saya bersih seperti sediakala. Saya juga meminta kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi, menambah-nambah cerita, menghina atau mencaci arwahyarhamah atau keluarga. Hormatilah yang telah pergi, dan hormatilah ahli keluarga saya yang masih dalam keadaan trauma. Mereka cuma insan biasa, mereka memerlukan sokongan anda untuk menghadapi ujian dariNya.

Saya ingin meminta pertolongan anda semua agar memadam gambar-gambar arwahyarhamah yang tidak menutup aurat. Selain itu, saya serendah-rendah diri memohon jasa baik sesiapa yang membaca post ini, sama ada anda mengenali arwahyarhamah atau tidak, untuk sama-sama terus mendoakan Sabreena agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan solehah. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya agar beliau mendapat ketenangan di sana.

Ingatlah adikku dalam doamu. - Amirul Aftar.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

LyL_m0nster said...

Dia macam ni.
Kalau kita menjaga solat, kita akan sentiasa beringat.


March 17, 2014 at 5:33 AM
ainzuryn said...

seorang yg baik dan seorang yg soleh adalah 2 perkara yg berbeza...apa pun moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yg dikasihi allah..amin...


March 17, 2014 at 6:21 AM
azam said...

اللهم اغفرلها ورحمها
وعافها واعف عنها..


March 17, 2014 at 6:36 AM
Anonymous said...

salam, jika ada niat begitu teruskan lah ...semoga dapat membantu insan2 lain yang belum terjebak atau terperangkap secara tak sengaja, yg sengaja menjebakkan diri juga boleh dibantu, semua yg terjadi ada puncanya....my humble opinion...perkara2 begini tidak berlaku sekelip mata, tidak juga secara tiba2, sedikit sebanyak ada dah mulanya....


March 18, 2014 at 8:56 AM
CheguZam said...

Berbaik sangka antara manusia penting... doalah yang terbaik

http://cheguzam.blogspot,com


March 23, 2014 at 6:59 PM
Anonymous said...

Doakan yang terbaik untuk nya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman. Amin.. Tidak adil untuk kita untuk menghukum nya kira dia telah tiada untuk membela diri.


April 1, 2014 at 5:41 AM
blouse muslimah said...

Apa yang dah berlaku kita ambil iktibar dari kejadian tersebut. Janganlah kita menghina mereka . Kita ada anak2. Takut-takut terjadi pada darah daging kita pula. Apa yang terbaik kita doakan supaya Allah akan mengampunkan mereka. Bagi saya konsert yang sedemikian rupa tidak sepatutnya diadakan di negara kta. permit tidak seharusnya diberikan..fikir-fikirlah sendiri siapa yang mesti bertanggungjawab dalam insiden ini....tepuk dada tanya Iman....


April 11, 2014 at 12:50 AM
Anonymous said...

ni la dia kuasa internet. skrg ni ramai btul ustazah2 & ustaz2 yg kureng bertauliah menyebok bagi nasihat. diaorg ni main post aje mcm syok sendiri asal ade 'bunyi' islamik sket terus klik send tanpa pikir hal lain. mcm keluarga mangsa tu jahil sgt tentang agama. Bila Allah swt berkehendak serta menghendakinya, waktu korang tengah syok merepek tu pun bole mati.


April 14, 2014 at 5:58 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved