Umum mengetahui, Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin semakin popular di mata dunia selepas melakukan pertunjukkan upacara ritualnya kepada umum di KLIA.
Populariti Ibrahim naik mendadak kerana mendapat kecaman rakyat Malaysia termasuk dua ahli politik terkenal, Khairy Jamaluddin dan Bung Mokhtar.
Baru-baru ini, Bung Mokhtar tampil menyindir Raja Bomoh di laman Twitter dengan mengatakan upacara ritual tikar terbangnya sudah jadi parody orang ramai sehingga memalukan nama Malaysia di seluruh dunia.
Bagaimanapun, Raja Bomoh tidak cepat melatah dan menyindir pula Bung Mokhtar dengan mengatakan isterinya tidak pernah bercium dan berpeluk dengan lelaki lain. Memang pedas sangatlah sindiran ini.
Nampaknya, seorang lagi ahli politik negara bakal jadi mangsa tamparan buaya Raja Bomoh. Sebelum ini, Ibrahim turut memberi amaran kepada Khairy suraya tidak masuk campur jika tidak mahu apa-apa kejadian pelik berlaku ke atasnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment