Malah, lebih menyedihkan apabila nasihat dan titisan air mata ibunya berusia awal 60-an selama ini bagai tidak diendahkan lelaki berusia 32 tahun itu.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki terbabit berakhir selepas kediaman itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Difahamkan, wanita sarat mengandung itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah milik lelaki terbabit selepas menerima aduan sebelum menemui pasangan berkenaan.
Katanya, pihaknya turut menemui ibu kepada lelaki terbabit yang didapati lumpuh dan hanya mampu bercakap di kediaman berkenaan.
“Soal siasat terhadap pasangan terbabit mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan pernikahan, manakala wanita itu pula didapati mengandung dan mengakui tinggal bersama di situ sejak tahun lalu.
“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut berikutan didapati bersekedudukan serta wanita itu pula hamil luar nikah hasil hubungan mereka,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, ibu kepada lelaki terbabit ketika ditanya memberitahu selama ini dia sudah puas menasihati anaknya kerana membawa pulang wanita itu tinggal bersama mereka.
Namun, dakwa wanita itu, anaknya tidak mempedulikan nasihat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana keadaan kesihatannya.
“Berdasarkan siasatan mendapati lelaki terbabit membawa wanita itu tinggal ke rumahnya sejak awal kehamilannya.
“Dia mahu memberi perlindungan terhadap wanita itu sehingga bersalin walaupun mengetahui tinggal serumah dengan bukan mahram salah.
“Wanita berkenaan mempunyai dua anak dan mendakwa sudah ditinggalkan suaminya sejak lima tahun lalu dan mengenali lelaki terbabit sebelum dia berkahwin,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment