ONEXOX
BannerFans.com

Apabila MH370 tak menarik minat penulis khutbah

on Friday, March 14, 2014

Hari ini adalah Jumaat pertama selepas berlaku tragedi kehilangan pesawat MAS MH370. Nampaknya MH370 tak menarik minat penulis khutbah untuk diceritakan dalam khutbah Jumaat.

Sebentar tadi seperti biasa bersolat Jumaat di salah sebuah masjid di Perak. Melalui khutbah yang disampaikan, penulis khutbah hanya berminat tentang masa, hargai masa dan ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang terpaksa dibacakan khatib.



Peringatan tentang masa bagus, berulang-ulang peringatan tersebut juga bagus. Namun setelah dewasa ini rasa berpuluh kali didengari tentang masa dalam khutbah. Makmun seperti selalu, ada yang angguk-angguk sambil mata terpejam. Minat mendalam!





Kenapa tak diambil peristiwa sebesar ini, bukan hanya di Malaysia tetapi di dunia untuk diselitkan dalam khutbah. Ceritakan tentang keagungan kekuasaan Allah dan kecanggihan teknologi buatan manusia sehingga pesawat tersebut tak dapat dikesan sehingga kini. Penulis khutbah yang kreatif rasanya mampu untuk menarik pendengar dan tinggalkan kesan kepada pendengar.

Tok Khatib tak boleh nak berkreatif kerana dilarang. Bacakan teks yang disediakan. Kalau yang ingin berkreatif juga tentang isu semasa, mungkin didakwa melanggar arahan.

Kan cerita perkara semasa itu sunat dalam khutbah Jumaat. Takkan asyik-asyik tentang masa.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved