Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga, kata Anwar dipetik Sinar Harian.
“Khairy… Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak.
“Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu menteri, esok belum tentu lagi,” kata beliau dalam ceramah di Kampung Baru Sungai Chua malam tadi.
Anwar mengulas kenyataan Khairy yang menggelar Presiden PKR sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidang terjun di PRK N25 Kajang.
Wan Azizah merupakan pelajar cemerlang yang dianugerahkan pingat emas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang bantuan dan pengaruh keluarganya, pertahan Anwar.
“Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah salah seorang daripada ‘top student’, bukan sebab kouta atau bapa dia kaya dan menteri.
“Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan),” kata Anwar lagi, lapor Sinar Harian.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
booo la anwar.....cakap besar..penipu
March 17, 2014 at 2:06 AM
Manusia diuji dgn kesusahan bukannya diselubungi kemewahan..
March 17, 2014 at 5:33 AM
Top student tapi kawin kat siam..wayang je lebih..
March 17, 2014 at 10:10 AM
Keadilan tu untuk siapa?
March 17, 2014 at 9:04 PM
Post a Comment