Pusat penamaan calon PRK Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Bandar Baru Bangi sesak seawal 6.30 pagi.
Kesesakan itu juga menyebabkan calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail terpaksa membonceng motosikal untuk tiba ke Pusat Penamaan Calon mengikut waktu yang ditetapkan.
PRK DUN 25 Kajang menyaksikan Dr Wan Azizah dan Datin Paduka Chew Mei Fun dari BN bertanding satu lawan satu kerana ketiadaan calon bebas.
Calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun memasuki Dewan Kompleks Sukan MPKj pada jam 8.50 pagi, diiringi pemimpin BN lain.
Antara pemimpin BN yang kelihatan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan diiringi pemimpin utama Pakatan Rakyat memasuki dewan pada jam 9.00 pagi.
Antara pemimpin PR yang kelihatan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Naib Presiden PAS, Sallehuddin Ayub.
Selamat berkempen!!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment