Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.
Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain. Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.
“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.
“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.
“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah! Terkejut.
“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Eeerrrr....bukan dia ni lulus Accountancy dari Australia ke? Tu yang den donga lah...
March 18, 2014 at 4:00 PM
Post a Comment