ONEXOX
BannerFans.com

MH370 – Penduduk Maldives lihat “Pesawat Jumbo Terbang Rendah” 8 Mac lalu

on Tuesday, March 18, 2014

Sebuah “pesawat jumbo terbang rendah”  di atas rumah mereka, dakwa penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives. Ia dilihat pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama pesawat MH370 hilang.

Akhbar harian Maldives, Haveeru melaporkan, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo sekitar pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah, lapor mStar Online.

Skim warna yang hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.



Saksi-saksi yang melihat bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives. Kesemua mereka juga memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.





“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi dipetik mStar Online lagi.

Laporan juga menyebut bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Seorang pakar penerbangan tempatan yang dipetik Haveeru, berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved