ONEXOX
BannerFans.com

Ebby Yus Sebelum Bergelar Artis

on Sunday, March 16, 2014

Siapa menyangka daripada seorang penjual petai di pasar malam, kini pelakon dan pelawak Ebby Yus sudah maju ke hadapan apabila bergelar usahawan restoran.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 48, sehingga kini sebanyak tiga cawangan restoran masakan Cina Muslim, Restoran Adam Lai telah berjaya diusahakannya bersama tiga rakan kongsi yang lain.



“Saya sudah biasa dengan berniaga sejak kecil. Walaupun berlakon sejak 1983, tetapi saya tetap berniaga kecil-kecilan.





“Jangan tak tahu, saya pernah berniaga petai di pasar malam, walaupun sudah bergelar pelakon ketika itu,” katanya memetik laporan Berita Minggu, hari ini.

Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia mereka.

Dalam perkembangan lain, Ebby yang tercalon dalam kategori Pelawak Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular tidak mengharapkan sebarang kemenangan kerana merasakan artis komedi seperti Jep Sepahtu, Johan dan Zizan mempunyai peluang cerah untuk menggenggam trofi tersebut

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved