Gesaan itu dibuat setelah laporan negatif media Australia hari ini dan menganggap keadaan sekarang dianggap masa sukar bagi mereka.
“Kebajikan kedua-dua pihak, anggota keluarga kru dan penumpang tetap tumpuan kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang menjadi perkara terpenting buat kami,” menurut kenyataan MAS.
Laporan yang menggambarkan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sebagai melanggar peraturan dan berfoya-foya, MAS berkata, mereka maklum tentang perkara tersebut dan memandang berat. Dalam masa yang sama MAS melahirkan rasa terkejut.
“Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video-video insiden yang didakwa itu.
“Seperti kamu sedia maklum, kita di tengah-tengah krisis dan tidak mahu tumpuan kita dilencongkan,” menurut kenyataan itu lagi, lapor Malaysiakini.
“Ya Allah…permudahkanlah ia, temukanlah mereka, Ya Allah”
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment