ONEXOX
BannerFans.com

Hanez Suraya Tuntut Isteri Kekasihnya Mohon Maaf

on Wednesday, March 5, 2014

PETALING JAYA: Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.



Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.

"Segala dakwaannya mengatakan sayalah punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.



"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R.

Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.



Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca keretakan rumah tangganya.

Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.





Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media.

"Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.

"Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya.


Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

bodoh!!jntan gatal..blom cerai da berkepit ngn pompuan lain..


March 5, 2014 at 2:28 AM
Anonymous said...

Atas dunia korang blh menang, dlm kubur sendiri mau ingat la..


March 5, 2014 at 3:14 AM
Anonymous said...

Bila da buat satu pembohongan akan tercipta lagi pembohongan demi pembohongan utk menutup kesilapan yg sebelumnya..


March 5, 2014 at 3:19 AM
Anonymous said...

Industri hiburan dalam negara ni tak sebesar mana pun . Ciput je. . Tapi cerita cerita sebegini macam nak rak macam di hollywood layaknya . Kat hollywood pun orang tak amik pot pun skandal macam ni .


March 5, 2014 at 5:33 AM
Anonymous said...

Takde bukti nak bukti dah ade bukti nak disaman nye pulak . amende la ko ni .


March 5, 2014 at 8:26 AM
Anonymous said...

menjejaskan reputasi sebagai pelakon.???
maknanya semua pelakon tu tak tahu malu n perampas suami org mcm kau la ye... palehotak kau berjambul...
sendiri buat tahi nak salah kan orang..
sedar la diri tu sikit.. cakap mcm la diri tu suci sangat..


March 5, 2014 at 9:22 AM
Unknown said...

jantan bangang, betina bodoh... dua-dua bengong... belakon takde la fofular mane pon, eksen je lebih... heeee nak muntaaaahhhh lewww


March 5, 2014 at 6:17 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved