ONEXOX
BannerFans.com

Hishammuddin bidas media asing kerana mengerumuninya

on Friday, March 21, 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini membidas wakil media asing yang bukan sahaja sering mengerumuninya tetapi juga berasak-asakan ketika mahu mendapat perkembangan terkini mengenai kehilangan MH370 daripada beliau.

Hishammuddin berkata kelakuan sedemikian menyebabkan jurukamera dan jurugambar gagal mendapat rakaman yang baik sekali gus memberi tanggapan tidak elok terhadap Malaysia.

"Kalau kalian mahu berkelakuan begini, kalian akan memperoleh visual yang tidak elok yang pada pandangan saya seluruh dunia akan persalahkan pada pihak berkuasa Malaysia...ini tidak adil," katanya kepada pemberita selepas dikerumuni sekumpulan wakil media, di lobi Hotel Sama-Sama di sini.



Hishammuddin yang tiba di hotel itu sekitar pukul 3 petang "diterjah" oleh wakil media asing yang menunggu di lobi sejak pagi.





Pesawat Malaysia Airlines  MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved