ONEXOX
BannerFans.com

Anak Krill (Sinar FM) Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Tiroid

on Friday, March 21, 2014

PETALING JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Krill meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya bernama Ian Arrasyid, 12, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid pada Rabu lalu.

Krill atau nama sebenarnya Khairil Rashid berkata, pembedahan tersebut telah dijalankan di Hospital Putrajaya selepas anaknya itu disahkan mengalami kanser Tiroid.

"Sebenarnya dari tahun lepas lagi ada ketumbuhan pada leher Ian tetapi saya sangka ia tidaklah begitu serius.



"Sehinggalah baru-baru ini doktor mengesahkan yang anak saya itu mengalami kanser Tiroid dan perlu dibedah segera. Alhamdulillah, dia kembali sihat," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Khamis.





Bagaimanapun, tambah Krill, Ian tetap akan menjalani rawatan susulan selepas sebulan pembedahan bagi melihat perkembangan kesihatannya itu.

Dalam pada itu, Ian akan menjalani rawatan setiap tiga bulan sekali sehingga akhir hayatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

"Sekarang ini, Ian perlu bergantung pada ubat sehingga akhir hayatnya dan perlu membuat rawatan susulan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi memastikan sel-sel tiroid tidak akan muncul.

"Apa-apapun, yang penting dia dapat aktif dengan aktiviti hariannya seperti biasa. Alhamdulillah," ujarnya.

Selain Ian, Krill mempunyai dua lagi anak iaitu Ainnur Iman, 15 dan Nia Nurkaseh, 8.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved