ONEXOX
BannerFans.com

Imej MH370 yang didakwa ditemui pengurus IT Chicago

on Thursday, March 13, 2014

Akhbar Mirror melaporkan seorang pengurus IT dari Chicago, Amerika Syarikat, mungkin sudah dapat mengesan pesawat MH370 yang hilang melalui internet.

Mike Seberger mungkin menemui lokasinya selepas meneliti imej satelit beresolusi tinggi yang diambil dari atas laut di mana pesawat tersebut hilang pada pagi Sabtu.
Imej yang dijumpai Mike menunjukkan objek berupa kapal terbang di bawah gumpalan awan di Teluk Thailand.

Seberger, 47 tahun, terjumpa objek itu selepas memasuki laman Tomnod yang memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas pesawat itu hilang.



Lebih kurang setengah juta sukarelawan mendaftar untuk misi dalam talian itu pada hari pertama, dan sebanyak 100,000 orang menggunakan laman web itu dalam masa seminit. Laman web ini juga sering tergendala kerana trafik yang sesak.





Setiap pengguna diberikan sepetak kecil daripada kawasan pencarian itu di laman web itu.

Pengguna akan meneliti imej tersebut secara terperinci – kaedah ini yang dinamakan sebagai ‘crowdsourcing’.

Gambar satelit tersebut diambil dari 400 batu dari atas bumi pada 9 Mac dan berupaya merakam butiran sekecil kawasan penalti di padang bola sepak, kata laporan Mirror.

Jika pengguna melihat sesuatu yang penting, pengguna akan menanda butiran itu untuk pengurus laman web tersebut.

The Mirror memetik Seberger berkata ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menjumpai imej itu, ukuran dan dimensinya konsisten dengan sebuah Boeing 777.

“Pada mulanya saya selang sahaja objek itu kerana saya terfikir tidak mungkin saya dapat menjumpainya begitu cepat.

“Tetapi saya asyik kembali melihat objek itu dan terfikir, ‘Memang nampak seperti pesawat’” lapor The Malaysian Insider.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved