Pengarah Risikan Olimpik Sydney 2000, Neil Fergus berkata sekiranya berlaku kesilapan teknikal, tidak mungkin pesawat tersebut boleh berada di perairan Lautan Hindi, lapor MailOnline dipetik The Malaysian Insider.
Sekiranya sah serpihan tersebut milik MH370, ia bermakna kehilangan pesawat Boeing 777-200ER tersebut disebabkan oleh penumpang atau anak kapal.
“Sekiranya serpihan yang ditemui itu milik MH370, berdasarkan lokasinya, kita boleh tolak ia disebabkan kesilapan teknikal.”
“Tidak mungkin jika kesilapan teknikal berlaku atau terbakar seperti disangka boleh terbang jauh sejauh ini. Ia menunjukkan campur tangan manusia,” kata Fergus.
Menurut Fergus lagi, kerajaan Australia perlu fokus dalam mencari kotak hitam bagi mencari jawapan apa yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment