Punyalah selamat sehinggakan jika berlaku gempa bumi di Pulau Pinang, Aceh, Sumatrera atau lain-lain tempat di sekelilingnya, anda hanya perlu lari pergi duduk atas Jambatan itu saja. Menurut kata juru perunding, tidak akan berlaku apa-apa jika dalam keadaan itu anda berada di atas jambatan.
Sebagaimana artikel saya sebelum ini, elok kita sederhanakan dakwaan kehebatan kita dengan berkata Insyaallah, dengan izin Allah Jambatan itu telah dilengkapi dengan teknologi anti gegaran yang paling canggih di dunia.
Merasa Naik Jambatan Sultan Abdul Halim kali pertama
Semalam berkesempatan bawa ibu pergi makan kenduri di Dewan tepi padang Butterworth. Kebetulan saya balik untuk menjenguk kampung dan menziarahi ibu, ada pula kenduri jiran kampung yang semua keluarga saya dijemput. Dapatlah bawa ibu sendiri pergi makan kenduri tanpa membiarkannya menumpang orang lain untuk ke Butterworth.
Selesai makan kenduri, ibu berikan hint. Katanya, "kalau boleh tengok jambatan baru tu, tentu seronok juga kan. Lagipun sekarang ni percuma. Kalau tak naik sekarang entah bila lagi agaknya dapat naik...!".
Fahamlah saya yang dia teringin nak jalan makan angin naik atas jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru saja dirasmikan itu. Tanpa soal lagi saya terus naik lebuhraya plus menuju ke Tol Juru. Masuk saya tol ambil tiket terus menuju ke Batu Kawan.
Kalau orang yang datang dari utara nak naik jambatan kedua tersebut, memang agak jauh berbanding menaiki jambatan pertama. Jambatan kedua itu khas dibina buat mereka yang datang dari perak atau selangor yang mahu terus ke Pulau Pinang tanpa perlu singgah di Seberang Perai.
Jambatan Sultan Abdul Halim yang sesak
Sampai di Batu Kawan, ada dua exit. Exit pertama membawa anda keluar ke Batu Kawan atau Bukit Tambun. Kalau nak ke Stadium Batu Kawan, kena keluar dari exit pertama ini.
Untuk menaiki Jambatan kedua Pulau Pinang, anda perlu ambil exit kedua. Ia akan membawa anda terus menaiki jambatan kedua. Sebaik saja keluar dari Tol Plus, kereta sudah mula beratur panjang terhegeh-hegeh seperti kura-kura menuju ke jambatan.
Orang ramai berpusu-pusu mahu mencuba menaiki jambatan kedua pulau pinang buat kali pertama. Saya juga nampaknya macam semua orang, ingin merasa naik jambatan percuma. Lagipun hari ahad, semua orang bercuti, maka ramailah ambil kesempatan.
Cuma yang peliknya ada juga yang potong Q, bersesak-sesak potong kiri dan kanan sebab nak pergi dulu sedangkan tidak ada jalan lain yang membolehkan mereka selamat daripada kesesakan di situ.
Lagipun semua bukannya nak pergi melakan apa-apa urusan kerja. kalau ada yang menggunakan jambatan kedua pada hari perasmiannya yang pertama untuk ke Pulau Pinang atas urusan penting dan mahu cepat, tentu otaknya agak mereng kerana tak dapat berfikir waras perkara semudah itu.
Ada peribahasa orang Perancis tentang orang yang sebegitu. Orang yang sering tergesa-gesa mahu cepat, potong Q sana sini dan tak perdulikan perasaan orang ramai, digelar "orang yang ada api pada lubang juburnya". Atau dalam bahasa perancisnya kita sebut "avoir du feu dans la cul".
Rasanya memang sesuai sangat peribahasa tersebut dan elok saja kita gunakan juga di negara kita. Setiap kali anda melihat orang yang suka tergesa-gesa potong giliran naik kereta laju, panggil saja mereka sebagai "orang yang ada api dalam lubang jubur!".
Perkara pelik berkenaan jambatan sultan Abdul Halim
Saya dan ibu juga semua orang lain menaiki jambatan secara terkemut-kemut menikmati suasana terik bahang matahari. Keperitan ditambah pula dengan cuaca berjerubu yang menggandakan lagi panahan silau pada mata yang amat memedihkan. Kepala terasa pening setiap kali memandang ke depan dari dalam kereta.
Nasib baik tidak ada orang yang mengalami kerosakan kereta di atas jambatan tersebut. Saya dapat tahu, keadaan perlahan terkemut-kemut itu berpunca daripada sebahagian pengunjung yang berhenti pada bahagian paling tinggi jambatan untuk ambil gambar kenangan.
Keadaan sesak keterlaluan itu akhirnya memaksa pihak polis ambil tindakan segera. Setelah pihak polis datang menghalau mereka yang berhenti atas jambatan, lalu lintas menjadi lancar semula dan tiada lagi penyesalan datang menaiki jambatan kedua hari itu.
Tiada ruang kecemasan atas Jambatan
Apa yang saya perhatikan sepanjang menaiki jambatan kedua pula pinang adalah dari awal sampai hujung jambatan tak ada ruang kecemasan jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan atau kemalangan.
Memang ada jalan kecemasan yang sempit hanya muat untuk satu kereta sahaja, tapi itu bukan ruang kecemasan. Jika ada kerosakan terus atau jika anda mengalami masalah tayar pecah atas jambatan, alamat sukar untuk menukar tayar tanpa mengganggu lalu lintas.
Dinasihatkan jangan buat apa-apa selagi tidak ada peronda lalu lintas yang memantau kerja tukar tayar kerana ianya amat membahayakan diri anda sendiri.
Itulah yang menghairankan saya kenapa mereka tak menyediakan ruang kecemasan pada jambatan paling kukuh dan paling panjang di Asia itu...?
Teori kenapa tak ada ruang kecemasan
Setelah berbncang dengan kawan-kawan semalam, kami dapat mengeluarkan beberapa andaian kenapa pihak jabatan kedua tidak menyediakan ruang kecemasan atau jambatan kedua. Berikut adalah kemungkinan yang ada:
Terlupa
Barangkali semua orang terlalu teruja nak siapkan projek mega itu, sehinggakan mereka terlupa bahawa ada kemungkinan berlaku kesesakan dan membahayakan jika kemalangan atau pecah tayar di atas jambatan.
Tunggu fasa ke dua
Ini satu lagi teori yang munasabah. Untuk membuat keuntungan yang lebih lagi, maka disengajakan tidak membina ruang kecemasan pada fasa pertama. Bila berlaku masalah nanti, maka fasa kedua terpaksa di rangka untuk membolehkan pembinaan ruang kecemasan. Ini dapat menambahkan keuntungan pembina atau kontraktornya.
Sengaja
Ini juga satu lagi kemungkinan berdasarkan perkiraan bahawa lalu lintas tidak akan berlaku kesesakan seperti mana yang berlaku pada jambatan pulau pinang pertama. Adalah diangarkan sebanyak 30% sahaja daripada kesesakan di jambatan pertama akan reda.
Ini bermakna berkemungkinan hanya 30% sahaja jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan pertama akan beralih kepada jambatan kedua. Oleh itu tak perlu pada runag kecemasan.
Begitulah satu kelemahan yang saya rasa boleh diperhatikan terhadap Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jika anda rasa ada lagi kelemahan lain, bolehlah kongsikan pada ruang komen di bawah. Saya alu-alukan pendapat anda!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment