ONEXOX
BannerFans.com

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

on Wednesday, March 5, 2014

Tanggungjawab Isteri Pada Suami, Syurga

Assalamualaikum wbt..

(Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)

Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..

Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naiki semut dan serangga..

Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat…

Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..

Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?

Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..

Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..



Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi…

Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…

Ok, cukup sampai situ.

Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?

Kenapa?

Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita… isk…

Sebenarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya,

Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?

Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!

Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..

Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!

Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?

Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?

Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..

Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?

Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!

Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?

Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!

Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!

Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,

Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!

Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?

Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..

Begini ceritanya…

Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata…

Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..

Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!

Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya…

Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati…, dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!

Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!

Jadi nak buat macam mana?

Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!

Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.





Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..

Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)

Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:

Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..

Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam…, rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog supervain hari hari..

Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab…

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian…



p/s...hahha...panjang lebar mamt ni berleter... Jadi...kalau isteri tak taat pada laki macam ni... salah ke...

saya ni manusia biasa.sedang berusaha untuk membaiki diri.sedikit tak bersetuju dengan pendekatan nasihat yang digunakan,sepatutnya ada unsur2 nasihat pada suami dan bukan hanya meletakkan semua kesalahan pada wanita. wanita adalah manusia yang lemah dan suami perlu memberi bimbingan.-misya

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 38 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Blog ni bias....sila rujuk pf yg arif ttg hal perceraian dlm islam...jgn mudah meletaj kesalahan pd wanita... suami yg beragama n mengamalkn ajaran agama...akn ikut sunnah nabi..bkn dlm bab poligami je nk ikut...nabi mntk si suami berilmi supaya dpt didik si isteri.. suami yg biar si isteri dgn perangai buruk n menyalahkn isteri..bkn ajaran islam...tanggungjwb suami bg didikan....sekian


March 5, 2014 at 12:33 AM
Anonymous said...

Mengantuk
Tak dapat baca habis..scrool je ke coment


March 5, 2014 at 12:47 AM
Anonymous said...

Hmmm...kalau mcm ni hancus rumahtangga aku..bukan ke dlm islam digalakkan suami bantu isteri...rasulullah pun bantu isteri...tolonglah...jgn bg org keliru dgn kenyayaan mcm ni...setakat perkahwinan saya ni suami bnyk bantu saya malah dia suka bantu saya dirumah...siap urut saya sbb seharian buat kerja rumah... give n take.... terpulanglah pd pasangan lain mencorakkan perkahwinan...jgn salahkan dan bebankan isteri..ltlg baca lebih bnyk buku ttg rasul dan hukum hakam dlm islam ye...


March 5, 2014 at 12:54 AM
Anonymous said...

Terlalu menyalahkan wanita,terlalu menuntut kesempurnaan dari seorg isteri walaupon diri sendiri x betul..adil ker tue...saya memang x setuju langsung.patutnye suami isteri patut sama2 bertolak ansur baru dapat bahagia.bukan semua tanggungjawab pada bahu isteri..walaupon dapat pahala ape yg dilakukan oleh isteri,klu suami tue boleh berfikiran waras tentu dy tau isterinye.hanya manusia biasa.ada kelebihan dan kekurangan.jadi tolong menolong itu perlu dalam hubungan bukan mengarah jer...klu betul faham dengan tanggungjawab suami x de nye.akn cakap begini..dalam al-quran dah dinyatakan...tolonglah hormati dan kasihani wanita.wanita untuk dilindungi bukan ditindas...


March 5, 2014 at 12:58 AM
Anonymous said...

bias..penulis ni mesti lelaki dgn impian dan angan-angannya tentang seorang isteri yang sempurna..zaman dah berubah..suami dan isteri harus saling membantu..sama-sama cari rezeki...ada article yg menyatakan harus bagi seorang isteri yg keletihan bekerja samada dirumah atau dipejabat menolak permintaan suaminya untuk tidur bersama.... suami yg beriman dan berilmu tahu tanggungjawabnya....tak akan menyusahkan isteri..


March 5, 2014 at 1:27 AM
Anonymous said...

sah2 mental org yang buat statement ni...


March 5, 2014 at 1:43 AM
Anonymous said...

Die pnye tepek. Pompuan je yg slh. Ade yg btol n Ade yg slh.


March 5, 2014 at 1:57 AM
Anonymous said...

hahahahaha! gile org ni.


March 5, 2014 at 2:34 AM
Anonymous said...

sabor...sabor.....sabor....

kalau ada yg betul ikutlah
kalau x betul tinggalkan aje

senyum :)


March 5, 2014 at 2:35 AM
Anonymous said...

1st time aku tgk byk komen dlm page ni..hahaha..


March 5, 2014 at 2:46 AM
Anonymous said...

Aku baca pun rasa tak sronok dgn statdmen ni walaupun aku suami..


March 5, 2014 at 3:00 AM
Anonymous said...

Saudara, kalau nak nasihat gunakanlah akal dan cara yang mudah diterima. Sepertinya berilmu.. tapi kurang dari segi budi bahasa, toleransi dan agak kasar. semoga Allah lindungi wanita2 diluar sana dari lelaki seperti saudara yang hanya nampak keburukan wanita yg datangnya dari rusuk para lelaki. Ingatlah ibu saudara juga seorang wanita...apa ibu saudara juga seperti yg saudara gambarkan ke?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”

Beliau juga bersabda:

خَيْرُكُمْخَيْرُكُمْلِأَهْلِهِوَأَنَاخَيْرُكُمْلِأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya. Dan akulah yang paling baik di antara kalian dalam bermuamalah dengan keluargaku”


March 5, 2014 at 3:00 AM
Kuching Jantan.. said...

Korang ni tak paham apa yg penulis tu tulis ato korang x baca habis.. Sebab tu terus melenting.. Dia cakap pasal tanggungjawab isteri.. Dia x belum cakap bab yg laki kena tolong.. Tapi korang terus to the conclusion.. Dia cakap cam mana org pempuan senang masuk syurga tapi klu korang rasa ego dan nak menang, lantak lah.. Lagi pun org pempuan dibuat dari tulang bengkok lelaki..


March 5, 2014 at 3:25 AM
Anonymous said...

betol kuching jantan...depa xbaca habis kot.yg betol2 aku sokong,bab menengking suami tu,sdgkan ibu bapa yg jahil pn kita kena taat..inikan suami.kalu setakat baca buku ja,ibarat berilmu dgn syaitan..kena ada guru.maksudnya,dgr ceramah slalu..tanya soalan.tgk komen sudahla..blm apa2 lg,dh lenting.kdg2 ksr skit bhs pn dh buruk sangka.dgr bhs org Melaka ckp mcm mna?mau pns telinga.kalu nk perangai suami mcm Rasulullah 100%,xda la.kdg2 xde trus.kita dh tunjuk jln sng msuk syurga utk kaum wanita,tu pun nk menang lg,ego plak.aku bab2 lenting,tengking suami..mmg serius.yg syok tu,tgk TV citer novel la ni..tp xpernah nk try buat pn dlm citer tu.tgk syok sendiri ja la..abihkan ms ja..ampes betol la..


March 5, 2014 at 4:03 AM
Unknown said...

Hmm.. snang je.. nk tau baca buku agama tanya org yg btol2 berpengatahuan agama contohnya macam ustaz atau alim ulama yg mmg arif tntg mslh rumahtangga.. rasanya tak perlu kot baca pendapat yg plik2 mcm ni. Sekian. :-)


March 5, 2014 at 4:10 AM
Anonymous said...

Nampak sangat org yg back up tu penulis tu impikan bini dia jadi mcm org bodoh ikut jer cakap dia.kesian.....


March 5, 2014 at 4:13 AM
Anonymous said...

Pelik... Paling mudah ikut sunnah... Perit mana peerjuangan utk islam tetap jaga n tolong isteri...adoiiii.... Tamvah dosa jer bace...


March 5, 2014 at 4:53 AM
Anonymous said...

Dh agak da..org pompuan mmg xpuas ati nye sbb nye xleh terima kenyataan..


March 5, 2014 at 5:00 AM
Anonymous said...

Bukan tak boleh terima hakikat. Sekarang ni pun ada ja suami yg pukul isteri... belasah isteri... bunuh isteri... macam mana tu? Kita ni manusia biasa... tak semua isteri teruk dan tak semua suami teruk


March 5, 2014 at 6:07 AM
Unknown said...

Huaaargghhhh...!!!! Ngantuk...
Sembang banyak kuat..!!!!


March 5, 2014 at 6:24 AM
Anonymous said...

Tahniah penulis..terbaik!


March 5, 2014 at 6:26 AM
Anonymous said...

penulis d atas ni cakap ikut akai bkn ikut agama islam, org kata nk tau syg anak beranak, nak tau jdi suami yg baik nikahlah...tpi aku rasa klu ego tinggi elok lah belajar agama n amalkan agama, taip atas kertas ramai manusia boleh, n besanya org mcm ni tin kosong ja, ting tong


March 5, 2014 at 6:31 AM
Anonymous said...

Xde masalah pun kat isi tulisan diatas..xde yg menyalahi hukum pun...bukak ati tu luas2 masa bace, carik kelebihan bukan kekurangan, bru kau nampak kesempurnaan...kaum hawa yg impikan syurga kena ikut tanpa was2...


March 5, 2014 at 5:01 PM
Anonymous said...

lelaki melayu pemalas, mata keranjang dan tidak menjaga agama,
walaupun wanita itu seorang yang baik, taat, rajin, cantik, solehah dan pandai tunaikan tanggungjawab sebagai isteri tetap tidak sempurna di mata lelaki..


March 5, 2014 at 5:07 PM
Anonymous said...

pengarang... sblm awk jatuh hukum, nk bg tau ni.. pernah x awk dengar ceramah2 dpd ustaz/ustazah pasal pepatah ni : " isteri adalah acuan dpd seorng suami... kalau nk tau mcm mn seorang isteri itu, tengoklah suaminya..." ibarat what U give U get back... cermin2 kan diri anda jg sblm menerakakan isteri2 anda kerana seorng suami adalah pembimbing kpd seorng isteri... btul cr anda, btullah isteri anda sbb isteri adalah dpd tulang rusuk anda yg bengkok itu...


March 5, 2014 at 5:37 PM
Anonymous said...

Setuju sgt.... Mesti ada tolak ansur dlm rmhtangga... Jgn terlalu ego dlm bahtera rmhtangga..... Biar sama2 puas dlm perhubungan....


March 5, 2014 at 5:50 PM
Anonymous said...

Biarkan si luncai dengan labu2 nya.... biarkan..biarkan...


March 5, 2014 at 6:01 PM
Anonymous said...

pengarang... klu isteri msuk neraka dia heret suami skali ler sbb suami x bimbing dia btul2... x jlnkan t/jawab terhdp seorng isteri dgn baik... kena ingt tu.. klu suami bimbing isteri btul2 slalu x jd mcm awk ckp kat atas tu... jgn nk bersenang lenang yer... selagi dia isteri anda, dia adalah t/jawb anda... lain ler klu anda dah didik dia, bimbing dia..bg pengetahuan agama secukupnya... layan dia dengan elok dia msih degil jgk... tp jarang sgtlah pompuan yg ketegaak sgt klu dh bimbing elok2...


March 5, 2014 at 6:10 PM
Unknown said...

tanggungjawab isteri: kalau suami mu dipenuhi nanah lalu kamu menjilat seluruh nanah tersebut di badannya(suami) masih belum selesai tanggunjwb mu sebgai isteri..

tanggunjwb lelaki: lagi berat dr tu..

tp..kalau disuruh perlahankan suara dgn suami pun anda dah xboleh terima..mana mungkin anda nak impikan syurga..ye dr segi bahasa memang artikel ni kasar..tp betul ape yg dia ckp..prempuan memang sifat die mcm tu..tp suami didiklah isteri anda..betul la Nabi kata dlm neraka adlah dr kalangan perempuan..tngok ni lah..semua perempuan yg baca xstuju..anda hisab la diri anda..rugi la hidup di dunia xboleh nk berkhidmat pd suami..cara senang nk masuk syurga..bertentangan dgn tu je..hah..ke neraka lah kamu..


March 5, 2014 at 8:38 PM
Anonymous said...

Penulis ni menggunakan agama utk kepentingan sendiri.. And sebenarnya dia dambakan seorg hamba.. Bukannya seorg isteri..


March 5, 2014 at 9:19 PM
hafeez said...

Depa x rasa or depa x buat kt laki depa cmtu, mmg la nk marah2..bias la ape la..aku da rase dpt bini yg kita buat sume x kena..sume x btol..kite plk yg kene ikut sume2 ckp die..x kene kt ati die, abes sume org dicanangnya cite..smpai dpn family kite pn, x reti nk hormat..pstu nk claim kata kite x pandai nk bimbing..suh zikir kalo tgh marah pn, kata kitex layak nk ckp psl Islam dgn dia..apa tue? Faham la sikit..mcm la xde blog atau statement2 yg duk tembak sume salah laki..Bile kene part laki meluahkan or menegur mula la hgpa nk melenting..sama perbaiki kesilapan, betulkan diri bile dtegur, sama2 cuba buat yg tbaik utk psgn n rumahtangga..selesai masalah....


March 5, 2014 at 9:36 PM
Anonymous said...

assalamualaikum...yg baik kita ambil yg buruk kita jauhi. dalam bab patuh dan taat sya setuju sesangat. selagi suami tidak suruh kita syirikkan Allah kita patuh. bab tengking suami pun sya setuju, nasihat perlu guna adap yg betul, dalam islam ada tiga cara menentang kemungkaran. isteri perlu gunakan kaedah yg baik utk memikat hati suami. InsyaAllah para suami akan cair jika kena caranya. ada satu cerita post dpd kawan2

Realiti kehidupan...30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....


March 6, 2014 at 2:01 AM
Anonymous said...

Huhu... Bace artikel ni, banyak sungguh yg marah... Tp... Penulisan ni ada baiknya, ada buruknya... Anda yg marah n beri nasihat, ada bagusnya, ada buruknya... Lihat n bacalah pada apa yg hendak d sampaikan, bukan mengandaikan peribadi si penulis... Nak bace pun hati kene bersih dari sifat kotor, barulah nampak baiknya... Kalau x, belum ape2 dh jatuh hukum kat penulis... Kalau anda bace dgn niat yg baik, adelah manfaatnye... Kita pn bukanlah baik mane, amalan pn ntah btol ntah tidak, kadang perasan btol tp hakikatnya salah... Lalu banyaklah yg syirik dlm ibadah... Benar, belajar kena berguru, kalau tidak tiadalah berkat dalam ilmu... Hatilah tempat pandangan tuhan, bukanlah luaran... Sbb d hatilah mula setiap perbuatan...


March 6, 2014 at 4:43 AM
Anonymous said...

Panjang sgt malas nk baca.....yg comment pon panjang lebar......


March 6, 2014 at 5:02 AM
Anonymous said...

pnulis ni prmpn..n aku sbg prmpuan stuju sgt..mmg tggungjwab kita sbg isteri taat kpd suami wlau suami jhat mcm setan sklpun..2 tggjwab kita yg ditetapkan Allah..klau kta buat, Allah da jnjikn syurga..n suami pla, klau prangai mcm setan, xbtolak ansur, xbtggngjwab, maka dia tggunglah azab dia kt akhirat nt, ckuplah kita tnaikn tggjwab kita wlaupn dia xtunaikn tgjwab dia..tp istri2 zmn skg tlalu open mind, nkkan hak sma rata, dikatakn taat 100% xrelevan..x adil..taukah tnggjwab suami 2 lg bsar? tnggjwab bg nafkah, bg didikn agama, dosa2 isteri anak xttup aurat, mngumpat, bt maksiat, dia tnggung.. tgjwab pd makayah dia lg spt mna tggjwab is3 pd dia,,


March 6, 2014 at 5:05 AM
nanny said...

Dari atas smpai bawah takde pun penegasan terhadap golongan lelaki/suami?? Macam tak berapa nak adil. Hmmm


March 6, 2014 at 10:25 AM
Anonymous said...

Stiap pasangan ade carenye tsendri untk mcorakkan ksh syg sambl mharapkn keredhaanNya....namun kedua2nye memainkn peranan yg sme penting dn bkn hnye menhrap sblh phak shaja.,


March 7, 2014 at 9:31 PM
Anonymous said...

dr awal penulisan da oke but perlu ke ayat 'menyalak mcm anjing and membebel mcm syaitan' ?mcm tak kene je kan ..banyak lg ayat yg sesuai bole digune and menyedapkan mate yg membace :)


March 10, 2014 at 4:14 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved