Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sambil berpimpin tangan menjeritkan slogan “Kerajaan Malaysia pembunuh” dan “Kami mahu keluarga kami semula.”
Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.
Kejadian terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.
Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.
Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis “mungkin sudah tahu” mengenai demonstrasi tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Manusia takde agama mcm tu la. Padahal dia boleh mati masa tidur, inikan la pulak 35,000 kaki di udara. Lain kali nak travel ke SEA jalan kaki la.
March 25, 2014 at 6:27 AM
setuju sangat2
March 25, 2014 at 8:53 AM
Post a Comment