Operasi misi mencari dan menyelamat pesawat yang membawa 239 penumpang itu kini masuk hari ketujuh.
"Saya tidak boleh menolak kemungkinan itu," kata beliau yang juga merupakan menteri pertahanan dan menambah kesemua maklumat daripada sumber tidak dinamakan dari Amerika Syarikat (AS) sedang dikaji.
"Terdapat banyak komen daripada sumber tidak dinamakan dari AS. Kita tidak akan keluarkan maklumat yang belum disahkan atau disokong pihak berkuasa yang relevan.
"Kita juga tidak mahu memberikan komen yang dilaporkan media memetik sumber tidak dinamakan."
Hishammuddin berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu kini diperluaskan ke sebelah timur Laut China Selatan dan kawasan barat Lautan Hindi.
"Kini masuk hari ketujuh misi mencari MH370.
“Pada masa ini, terdapat 57 kapal dan 48 pesawat terbabit dalam misi mencari. Sebanyak 13 negara terbabit.
"Keutamaan kami adalah untuk mencari pesawat ini. Kami menggerakkan usaha mencari berdasarkan semua petunjuk dan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa.
"Kami bersyukur dengan bantuan diberikan rakan-rakan dan jiran-jiran, yang terus membantu kami dengan berkongsi data dan sumber mereka dalam usaha kami mencari MH370," katanya pada satu sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang petang tadi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment