Najib hanya membaca teks ucapan dan terus meninggalkan dewan tanpa sesi soal jawab. Ramai wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakan tersebut.
Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat kehilangan pesawat MH370, katanya.
“Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara,” kata beliau kepada Freae Malaysia Today.
Adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau, tanya Syed Rosli lagi.
“Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia,” cadang beliau.
Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia, lapor FMT.
Telahan Syed Rosli ada benarnya. Sesiapa yang melihat sidang media PM Australia secara langsung semalam akan mengakui kebenaran tersebut. PM Australia silih berganti beralih tempat dengan Panglima Angkatan Tentera Australia menjawab soalan wartawan.
Tony Abbot tak nak ‘lari’ sebelum semua soalan kepadanya belum dijawab!!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment