ONEXOX
BannerFans.com

Khairy hentam Anwar kritik k'jaan isu MH370

on Saturday, March 22, 2014

Walaupun ditemubual media asing tentang kehilangan pesawat MH370, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu memberikan jawapan berkenaan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Justeru, Anwar tidak perlu berbangga apabila ditemubual media asing atas alasan kepimpinan negara gagal memberi jawapan, kata Khairy yang juga ketua Pemuda Umno.

"Dia bukan dapat jawab (secara) teknikal dan operasi pun," katanya ketika ditemui dalam jelajah kempen Pemuda BN di Taman Seri Sekamat di Sungai Sekamat, Kajang petang ini.



Khairy mendakwa Anwar sebaliknya memanfaatkan ruang daripada temubual itu untuk memburukkan pemimpin negara ketika misi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berlangsung.





"Dia cuma dapat jawab dan cari peluang untuk hentam kerajaan sahaja," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Dalam ceramhanya dua hari lalu, Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Ketua umum PKR itu turut membidas keengganan Parlimen membahas hal itu dan mengkritik sesi taklimat isu itu yang hanya melibatkan ahli parlimen BN di sebuah hotel.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved