Antaranya ialah menuduh Malaysia bukan satu sumber maklumat yang rasmi selain mendakwa kerajaan sedang menutup malu berkenaan kehilangan pesawat itu dengan memutarbelitkan fakta.
Hari ini Mynewshub.my membuka pekung CNN yang tidaklah sehebat mana melaporkan berita kerana pengetahuan mereka mengenai Malaysia juga masih tidak lengkap.
Dalam satu laporan eksklusif CNN berkaitan misteri kehilangan pesawat MH370, lokasi lintas langsung wartawan CNN dilihat tertera sebagai Kuala Lumpur, Indonesia.
Kesalahan sebegitu rupa sememangnya dilihat sebagai satu kegagalan yang teruk oleh sebuah stesen berita lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi tinggi seperti CNN.
Pengguna Facebook di Malaysia yang mengesan kesilapan itu menyebarkannya di laman sosial berkenaan sebagai mengecam tindakan CNN membuat pelbagai dakwaan tidak berasas bertujuan menjejaskan prestij Malaysia di peringkat antarabangsa.
Biarpun bijak dalam memutarbelitkan berita dan juga mereka cerita sensasi bagi peminat setia berita mereka, tetapi dari segi ilmu yang senang sebegitu pun mereka boleh tersilap dan ia amat memalukan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment