ONEXOX
BannerFans.com

Liyana Manan - Hanez Suraya memang rampas suami saya 6 bulan lalu

on Sunday, March 2, 2014



Sebelum ini, pelakon Hanez Suraya mendakwa kekasihnya berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang. Dia turut menafikan cuba merampas jejaka bernama R dari isterinya dikenali Liyana Manan.

Bagaimanapun, Hanez rupanya berbohong kepada media kerana dia memang tahu status kekasihnya dari dulu lagi sehingga memaksa beliau memohon maaf.

Menerusi Berita Harian hari ini, Liyana Manan telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.

“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.”

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!”

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya.”





“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”

Dalam pada itu, Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.

“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R.”




Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

macam dah abis jantan kat malaysia ni....kalau bangsa melayu ko x dpt...amik je la abang bangla...yg penting x kacau suami org....


March 2, 2014 at 4:38 AM
Anonymous said...

Inilah perangai artis suka kebas laki orang


March 2, 2014 at 5:11 AM
Anonymous said...

Bukan artis pun ada yg begitu. Masih status kekasih tetapi demand masa dan perhatian mengalahkan isteri. Perempuan yg akan menyakiti perempuan.


March 2, 2014 at 7:15 AM
safri bin yusof said...

Hari ini kita sama sama mendoakan diri kita diberi pertunjuk yg jelas supaya kita tak menjadi umat Nya yang rugi sesudah mati. Renung lah sejenak tajamkan hati seketika dimanakah kita? Allah berkata kapada Adam dan serta anak keterunan mu MUDAH LUPA


March 2, 2014 at 3:52 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved