Dia berkongsi kesedihan menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media khas bagi mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) itu, malam tadi.
Ketika pengumuman itu dibuat, Maira Elizabeth, menerusi akaun Twitter miliknya u @Gorgxous_ pada mulanya menyebut: `I just don't know what to say about it' (Saya tak tahu nak kata apa) diikuti `God loves you more daddy...God loves them more),' tiga minit kemudian.
Dalam mesej pada 11.30 malam itu, Maira Elizabeth menyebut `I will never forget the look on his face when he opened his birthday present the other day. He was so happy!'
(Saya tak akan lupa riak wajah gembira beliau ketika membuka hadiah hari jadinya tempoh hari. Dia amat gembira)
Akaun itu mempunyai 57,162 pengikut dan 62,474 tweet sehingga 11.30 malam.
Sebelum tidur Maira berkata: "I don't know what to say, what to think. I feel so lost, so blank. I'm just so tired. Goodnight, daddy. Sigh.. * hugs *".
Skuad Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC turut melahirkan sokongan mereka kepadanya selepas Maira Elizabeth menulis mesej yang meruntun hati kepada ayahnya di Twitter pada 16 Mac lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment