Tiba-tiba mereka meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera “Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanya sebarang syarat,” lapor Astro Awani.
Tolak menolak berlaku dan suara jeritan juga kedengaran.
“Saya sudah berada di sini selama empat hari! Sila bantu saya mendapatkan kembali anak saya!” kata seorang wanita warga emas sambil menangis, dalam bahasa Mandarin.
“Dari Laut China Selatan dan kini di tempat lain. Kami tidak tahu di mana pesawat itu telah pergi… Tidak ada maklumat langsung,” kata yang lainnya dipetik Malaysiakini.
“Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi,” kata seorang wanita warga China dalam bahasa Mandarin, petik The Malaysian Insider.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment