ONEXOX
BannerFans.com

MH370: Baik hantar kapal korek!

on Monday, March 10, 2014

Apa yang pasti ialah MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang (ATC Subang) pada jam 2.40 pagi. Ini disahkan oleh Malaysia Airlines.

Apa yang tidak pasti ialah apakah yang berlaku selepas itu.

Laporan pelbagai agensi berita antarabangsa juga adalah merupakan spekulasi dan bukannya sesuatu yang konklusif. Seorang yang celik media, akan berhati-hati membaca laporan media.

Media Vietnam, Tuoi Tre News yang menyiarkan gambar tumpahan minyak di Laut China Selatan menyebut, "Photos of oil slick in ALLEGED Malaysia Airlines plane crash."

Mengenai penumpang yang menggunakan pasport curi milik rakyat Austria dan Itali, International Business Times menyebut, "We BELIEVE that the name and passport were used by unidentified person to board the plane," a spokesman for the Austria foreign embassy told ABC News.



Sementara itu, Reuters pula melaporkan, "Malaysian plane PRESUMED crashed; questions over false ID."

Perkataan "alleged", "believe", dan "presumed" yang digunakan dalam ayat-ayat di atas menunjukkan laporan itu bukanlah sesuatu yang konklusif.

Hanya orang yang buta literasi media akan menganggap laporan itu sebagai sesuatu yang muktamad.

Ada orang tuduh kerajaan sembunyikan fakta bahawa kapalterbang MH370 telah terhempas atau kemalangan. Orang ini sebenarnya hidup di zaman batu. Dalam zaman yang serba terbuka ini, perkara sedemikian tidak boleh ditutup dengan mudah. Kejadian ini bukan berlaku di dalam gua!

Sekiranya kerajaan membuat kenyataan MH370 terhempas, persoalan selanjutnya ialah "Di mana?" dan "Mana bukti MH370 terhempas?" Takkanlah kerajaan nak jawab "Di Laut China Selatan, dekat Vietnam." Itu jawapan kedai kopi!

Tragedi ini sedang diikuti secara dekat oleh industri penerbangan termasuklah Boeing, agensi keselamatan penerbangan antarabangsa, kerajaan negara-negara yang rakyatnya terbabit dalam insiden ini, media antarabangsa, industri insuran dan pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan.

Kenyataan rasmi kerajaan tidak boleh dibuat seperti kenyataan Pak Malau di kedai kopi. Selagi kerajaan tidak dapat membuat rumusan yang konlusif mengenai apa yang berlaku, maka ia tidak akan membuat kenyataan sedemikian.





Sesetengahnya pula mempersoalkan "masa" yang diambil bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. Sekiranya kita rajin mencari maklumat di internet, kita akan tahu bahawa ini bukanlah satu proses yang mudah. Apabila Air France 447 jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua tahun untuk menemui majoriti bangkai kapalterbang dan mayat penumpang di laut dalam.

Ada pula yang memperlekehkan negara kerana tidak menghantar kapal selam untuk mencari pesawat tersebut di laut. Ini adalah contoh orang yang tak faham mengenai fungsi pelbagai jenis kapal selam tetapi masih mahu mengkritik sesuatu yang dia sendiri tak arif.

Ambil contoh kapalterbang. Adakah kita akan menghantar kapalterbang Airbus A380 yang terbaru dan paling canggih ke medan tempur? Walaupun mahal dan canggih, Airbus A380 bukan dibina untuk tujuan tersebut!

Inilah jadinya apabila orang berlumba-lumba menunjukkan kebodohan di media sosial. Bak kata Albert Einstein: "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Nah, respon saya kepada sindiran itu adalah cukup mudah. Buat apa hantar kapal selam, lebih baik hantar kapal korek; sekurang-kurangnya kapal korek boleh korek pesawat di dasar laut!

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Abis scorpene guna tuk apa? Hiasan? Replika?


March 10, 2014 at 2:11 AM
Anonymous said...

@Afiki Fiqri org ckp ko bangang kang ko marah.. Scorpede tu kapal selam PERANG.. bukan utk SEARCH AND FOUND..


March 10, 2014 at 2:25 AM
Anonymous said...

Nak bagi contoh hantar airbus pegi perang pun agak agak lah kawan.kenapa tak cakap pakai kapal selam pegi melancong ke luar negara.kalau bukan umno bukan bodo namanya.


March 10, 2014 at 2:30 AM
Anonymous said...

hahaha..habis 2 xfaham2....kapal selam malaysia untuk perang...bukan untuk mencari n menyelamat...2 pun nak dok spin lg...susah nak ckp mgn org bodoh ni...asyik2 nak politik ja....


March 10, 2014 at 3:01 AM
Unknown said...

Hbs yg negara2 lain antar kapal perang termsk amerika tu buat apa? Srh la blk ganti dgn kapal pesiar ke atau kapal kontena ke lg baik..ok jijb kapal selam tak blh menyelamat tp tak kan tk blh mencari,mengintip sambil menyelam selain dr memusnah aset musuh?


March 10, 2014 at 3:25 AM
Anonymous said...

Spesifikasi kapal selam utk taktikal. Dilengkapi dengan data specially utk pengesanan dan pertahanan.

Persoalan... Tak boleh ke fungsi sistem pengesanan tercanggih kapal selam itu digunakan untuk tugas mencari/mengesan?

Dalam kejuruteraan didalam setiap negara, kejuruteraan tentera adalah yang terbaik dan teratas sekali.

#Sindiran bukanlah satu jawapan bagi fakta......


March 10, 2014 at 3:26 AM
Anonymous said...

Sensitif la isu kapal selam nih..xboleh nk wt entry lgsg..lawak btol..x abes2.. Umno la pr la ape la..

#lol


March 10, 2014 at 6:13 AM
Anonymous said...

pihak tentera dan kementerian pertahanan lebih arif ttg penggunaan kapal selam dlm operasi SAR MH370.tidak semua benda boleh didedahkan...itu bidang mereka. Ayuh sama2 kita doakan yang terbaik dan dipermudahkan dalam segala urusan.


March 10, 2014 at 11:54 AM
Anonymous said...

1st nama submarine tu Scorpene bkn Scopede.
2nd Search And Rescue bkn Search And Found.
3rd yess.. ko mmg bangang. jd x pyh la ko nk membangangkn org lain plak! phm x bangang??


March 10, 2014 at 4:14 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved