ONEXOX
BannerFans.com

MH370: CYBER HIJACK pertama di dunia? Teori baru mendakwa penggodam boleh menggunakan telefon bimbit untuk mengambil alih kawalan pesawat.

on Monday, March 17, 2014

- Pakar anti keganasan berkata arah pesawat boleh diubah oleh isyarat radio.
- Kelajuan dan ketinggian juga boleh diubah dari peranti menggunakan ‘kod’.
- Kemungkinan juga pesawat boleh didaratkan menggunakan alat kawalan jauh.
- Rakan-rakan juruterbang berkata beliau merupakan seorang ‘gadget geek’ semasa di sekolah

Ada teori mengatakan kemungkinan kehilangan kapal terbang Penerbangan Malaysia MH370 telah dirampas menggunakan telefon mudah alih atau ‘USB stick’.



Seorang pakar anti keganasan percaya kelajuan, ketinggian dan arah pesawat itu boleh diubah hanya dengan menghantar isyarat radio daripada peranti kawalan jauh bersaiz kecil.

Satu kerangka ‘kod’ yang dicipta oleh pengganas siber juga akan dapat menembusi ke dalam sistem penerbangan melalui sistem hiburan berpusat dalaman dan menembusi perisian keselamatan pesawat.

Adalah dipercayai, sebaik sahaja sistem berjaya digodam, pesawat boleh mendarat dengan kawalan jauh.

Teori ini muncul setelah operasi pencarian pesawat penerbangan MH370 semakin diperluaskan, dengan 25 negara kini terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengesahkan kehilangan pesawat adalah hasil daripada ‘tindakan yang disengajakan’ dan kemungkinan diterbangkan sejauh Kazakstan .

Dr Sally Leivesley, bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri Britain berkata: ‘Ia juga mungkin rampasan secara siber pertama di dunia.’

Dr Leivesley, yang kini membuat kajian mengenai perniagaan dan kerajaan yang berpontensi menjadi serangan pengganas, memberitahu: ‘Berkemungkinan terdapat unsur perancangan dari seseorang yang sangat canggih pengetahuannya mengenai kejuruteraan sistem,’





‘Ini adalah versi yang sangat awal daripada apa yang dipanggil ‘smart plane‘, pesawat terbang yang dikawal menggunakan isyarat elektronik.

Beliau menambah bahawa sebaik sahaja pesawat itu berada diruang udara, anda boleh memasukkan satu set kod arahan bagi memulakan proses tertentu.

Rakan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah berkata beliau merupakan seorang ‘gadget geek‘ semasa di sekolah

Pihak polis telah menggeledah dan merampas  satu set simulator penerbangan dari rumah mewah juruterbang di pinggir bandar di luar Kuala Lumpur semalam untuk membantu siasatan.

Polis juga mengeledah rumah pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved