Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Kapten Zaharie Ahmad Shah pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.
Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.
Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah.
Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.
Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.
Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.
Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.
“Siasatan ini banyak membabitkan sensiviti, namun kita harus meneruskan apa sahaja sudut yang menjadi perhatian,” lapor Daily Mail memetik penyiasat itu.
Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya biarpun kini mereka masih berkongsi rumah yang sama.
Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa serbuan ke atas rumah Zaharie itu dilihat sebagai tindakan susulan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya semalam, yang mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada kru pesawat berdasarkan petunjuk baru.
Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.
Media antarabangsa itu memetik sumber risikan rasmi Amerika Syarikat yang menyatakan pesawat diterbangkan seorang pakar penerbangan dan hilang daripada radar pada 8 Mac.
Ia kemudiannya disusuli dengan siasatan semula ke atas semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu bagi mencari jawapan termasuk dakwaan kemungkinan pesawat dirampas.
Daily Mail turut melaporkan kemungkinan pesawat itu terbang sehingga 45,000 kaki di mana ia melebihi had perkhidmatan, sebagai percubaan untuk tidak menyedarkan penumpang dan anak kapal.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
Sedap2 jer nak letak kesalahan pada pilot. Dah tu apsal letak gambar betina garit 2 ekor & pilot yg takde kena mengena ngn MH370 kat 'who's onboard?'. Sbb tu lah keluarga mangsa tak patut baca blog byk sgt mengarutnye!
March 16, 2014 at 2:28 AM
Klu betul kapten tu yg hijack sbb anwar, lg bagus dia pi langgar rumah najib razak, xpun hijack masa menteri2 naik flight tu, bodoh punya olang, asyik2 nk kaitkan anwar, kes lahad datu pun sama, phuiii kat muka macai...
March 16, 2014 at 5:42 AM
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?” (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”
March 16, 2014 at 6:46 PM
Post a Comment