ONEXOX
BannerFans.com

MH370 – Mak Cik pulang umrah, dakwa nampak bangkai pesawat

on Friday, March 21, 2014

Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah mendakwa dia telah melihat bangkai sebuah pesawat besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul dan memaklumkan kepada pelbagai pihak di dalam penerbangan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga,” kata ibu kepada 10 orang anak ini.





Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, ketika melihat pesawat tersebut, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya,” ujarnya lagi.

Raja Dalelah, yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.

“Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah,” katanya lagi.

Hanya pada 14 Mac lalu dia membuat laporan polis akan tentang perkara tersebut dengan harapan ada memandangnya secara serius.

Raja Dalelah sendiri masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air berkeadaan senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.





Apabila tiba di KLIA pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis,” katanya sambil menambah “anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan.”

Sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan, katanya lagi.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

“Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air,” katanya yang enggan namanya disiarkan, lapor mStar Online.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved