Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.
Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.
Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.
Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth.
Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.
Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan satelit Perancis mengesan 122 imej dalam kawasan carian, yang berkeluasan lebih besar sedikit daripada Sabah.
Operasi mencari yang membabitkan pelbagai negara yang disambung pagi ini, dibatalkan selepas kira-kira empat jam kerana cuaca buruk di kawasan tersebut. Kapal-kapal, bagaimanapun, kekal berada di lautan itu.
The Nation melaporkan bahawa Thaichote adalah satelit ‘remote sensing’ untuk pemantauan sumber asli. – Malaysiakini
Membaca berita satelit Thailand mampu mengesan 300 objek terapung di Laut Hindi membuatkan kita terasa juga. Apa yang boleh dibuat dengan satelit Malaysia??
Menonton berita TV tengahari tadi yang menyiarkan perbualan telefon dengan seorang Prof, ulasan beliau kejayaan terbesar Malaysia hanya mampu selaraskan 26 negara yang terlibat dengan SAR.
Tu aje….
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 9 comments... read them below or add one }
Satellite malaysia utk komunikasi.
March 27, 2014 at 4:38 PM
Utk astro...
March 27, 2014 at 4:52 PM
Boring la alasan..kapal selam utk fighter, satelit utk komunikasi..
March 27, 2014 at 4:54 PM
Sebab ape msia x maju...sbb ade rakyat yg mentalitinya mcm yg di 'atas'.....semua x kene...semua salah...x ade yg btl....utk pgthuan saudara setelit ade satu je iaitu razak sat...razak sat utk cerapan resolusi tinggi...dan dia hnye boleh rekod apa bile di set...bkn jenis yg 24jam record...
March 27, 2014 at 5:23 PM
setuju ngan di atas..
March 27, 2014 at 6:35 PM
bila tak berilmu.. tapi nak tunjuk kan 'pandai' tu la yg jadi.. yg sedih nya.. ramai pulak jenis nih dalam Malaysia... adoiilaaa.....
March 27, 2014 at 7:46 PM
Bukan mentaliti rakyat yg harus dipersalahkan tetapi mentaliti pemimpin yg berterusan membodohkan rakyat seperti anda..
March 27, 2014 at 10:19 PM
jangan salahkan pemimpin je.. kite ni pun bukan perfect sangat.
March 27, 2014 at 11:29 PM
Jgn salahkn pemimpin...jgn salahkn sesapa.org muda d luar sana..bangunlah belajarlah..cr ilmu..jdlah saintis..jgn buang masa dgn perkara yg x berfaedah...br negara akan punyai ilmuan yg hebat
March 28, 2014 at 1:25 AM
Post a Comment