ONEXOX
BannerFans.com

Penemuan di Lautan Hindi berwibawa tapi belum disahkan, kata Hishammuddin

on Thursday, March 20, 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menyifatkan penemuan dua objek di Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia berwibawa, tetapi ia masih belum disahkan sebagai pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Hishammuddin berkata laporan penemuan satelit tersebut adalah pemecah berita dalam usaha mencari dan menyelamat yang masuk hari ke-13.

"Penemuan tersebut berwibawa, tetapi ia masih belum disahkan dan dipastikan," kata Hishammuddin dalam sidang media yang padat dengan wartawan di Hotel Sama-Sama hari ini.



Hishammuddin berkata setiap petunjuk yang ditemui perlu disahkan kebenarannya bagi mengelak memberi sebarang harapan palsu kepada ahli keluarga penumpang MH370.

"Ia supaya tidak memberi harapan palsu kepada keluarga penumpang.

"Satu-satunya maklumat yang ahli keluarga seluruh dunia mahu, yang kami tidak ada adalah di mana lokasi pesawat itu," kata beliau.

Awal hari ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.

Ini berikutan penemuan dua imej satelit dengan saiz  24 meter (79 kaki) yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air.

Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac semasa perjalanan ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.

Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar daripada laluan asalnya – sama ada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.





Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia mempunyai kedalaman purata lebih daripada 12,000 kaki atau dua batu (3.6km).

Ia lebih dalam daripada Laut Atlantik di mana masa dua tahun diambil untuk mencari bangkai pesawat Air France di dasar laut yang hilang pada 2009 walaupun serpihan terapung dapat dilihat dengan cepat di lokasi kemalangan.

Setakat ini, operasi mencari oleh tentera laut dan pesawat yang melibatkan lebih 10 negara gagal mencari MH370 yang hilang lebih seminggu lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dan mengalihkan laluan penerbangan dari laluan asal.

Selepas mendapat maklumat tersebut, Hishammuddin memberitahu empat pesawat telah dikerahkan ke barat daya Perth yang berkeluasa 2,500 kilometer.

"Pesawat Tentera Udara Australia (RAAF), P-3 Orion tiba di lokasi sekitar jam 10.50 pagi.

"Tiga lagi pesawat  diarahkan ke kawasan tersebut, termasuk satu lagi pesawat RAAF, sebuah pesawat Orion daripada Tentera Udara New Zealand dan pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved