ONEXOX
BannerFans.com

Persenda operasi MH370, jawapan "cover line" Chef Wan...

on Friday, March 21, 2014

Jawapan Chef Wan selepas persenda penemuan objek pesawat MH370 melalui akaun Instagramnya.

Kata Chef Wan kepada krunya untuk membuat satu gurauan dan melihat reaksi warga Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang serta reaksi pada media dan blog yang akan mengkritik dengan lebih hebat lagi berkenaan gurauan itu.

“Pemandu saya kata, jangan Chef Wan nanti orang cari sebab nak marahkan u even u bergurau dan kita faham,” kata pemandunya mencetuskan ketawa dalam kalangan kru penggambaran.



“Saya pasti ramai antara kira yang bergurau berkenaan isu ini di belakang dalam keadaan tertutup kecuali saya meletakkan gurauan itu di Instagram saya untuk melihat reaksi orang ramai.

“Wow!! berjalan tak sampai 10 minit dari pantai, saya dihubungi oleh wartawan Murai.com, Murai juga dapat mencium isu ini.. Rupa-rupanya, memang betul sangkaan saya bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang biarpun diketahui ia adalah satu gurauan bodoh,” katanya mengakui gurauan itu bodoh dengan menggunakan perkataan Inggeris “silly”.





“Baik, apapun saya terima akibat perbuatan ini kerana memang saya memuatnaiknya dengan sengaja dan perbuatan saya berjaya.

“Sekarang, mari pula kita menilai blog dan media yang akan memanipulasi isu itu kerana anda sudah pun mengetahui kebenarannya.

“Mari kita tengok cara mereka melatah dan kepada mereka yang gemar sebarkan berita ini dan melakukan fitnah pula.. Mari lihat warna sebenar mereka, ingat apa yang saya katakan kerana di penghujungnya nanti seorang yang matang akan tertawa melihat semua drama ini berlaku,” katanya.

Ayat 'cover line', Rasanya macam tak nak percaya pula!!

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved