"Penerbangan #MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 1641 (12:41 waktu tempatan) dan hilang pada 1720 UTC (01:21 waktu tempatan) antara Malaysia dan Vietnam," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fredrik Lindahl menerisi kiriman e-mel.
Penerbangan MH370 yang dikendalikan oleh pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 Sabtu, 8 Mac 2014.
Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari berkata pada sidang akhbar pada pukul 11 pagi memberitahu, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang telah terputus hubungan dengan pesawat berkenaan sekitar pukul 2.40 pagi.
"Selain itu, berdasarkan data kami, tidak ada keraguan bahawa lokasi pesawat berkenaan dilaporkan terhempas kira-kira 150 kilometer ke timur laut Kuala Terengganu.
"Kami mempunyai liputan radar yang baik di kawasan penerbangan itu hilang, dan isyarat yang terakhir telah diterima daripada ketinggian 35,000 kaki," kata Lindahl.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment