ONEXOX
BannerFans.com

Pesawat MH370 Masih Belum Dapat Dikesan - MAS

on Saturday, March 8, 2014

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) masih belum dapat mengesan kedudukan atau berhubung dengan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada petang Sabtu berkata, ia sedang berusaha mengesan kedudukan terakhir pesawat di dalam radar sebelum terputus hubungan pada pukul 2.40 pagi Sabtu ialah 065515 Utara (longitud) adan 1033443 Timur (latitud).

"Kami masih cuba untuk mengesan lokasi semasa pesawat itu berdasarkan kedudukan terakhirnya.



"Kami sedang bekerjasama dengan pasukan mencari dan menyelamat antarabangsa untuk mencari pesawat ini," kata kenyataan MAS.

Menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini mereka masih belum menerima sebarang isyarat atau mesej kecemasan daripada MH370.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memberi jaminan bahawa semua sumber dikerahkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat ini," demikian menurut kenyataan itu.





Penerbangan itu membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal yang terdiri daripada 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Terdapat 38 rakyat Malaysia dalam pesawat MAS yang hilang itu.

Selain itu, seramai 154 penumpang warga China termasuk seorang bayi, India (5), Indonesia (7), Australia (6), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk 1 bayi), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Belanda (1) dan Austria (1).

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved