ONEXOX
BannerFans.com

"Perkara paling buruk mungkin telah berlaku" - Pakar Amerika Syarikat

on Saturday, March 8, 2014

"Perkara paling buruk mungkin telah berlaku" - Pakar Amerika Syarikat

Melalui laporan daripada CNN yang mendapatkan pendapat daripada beberapa pakar dalam bidang penerbangan menunjukkan jawapan yang kurang enak didengar.

"Insiden itu tidak kedengaran baik" menurut kapten Jim Tilmon yang telah bersara daripada syarikat penerbangan America Airlines. Beliau berkata demikian kerana berpendapat komunikasi dengan pesawat sepatutnya tidak mudah terputus berikutan laluan daratan yang mempunyai banyak antena, radar dan radio.



"Tiada komunikasi menujukkan sesuatu perkara paling buruk mungkin telah berlaku" kata Mary Schiavo, Bekas Jeneral dalam Jabatan Pengangkutan Jalan Amerika Syarikat.

"Tetapi, sudah tentu, itu tidak bermakna tiada penumpang yang perlu diselamatkan. Tindakan segera harus digerakkan untuk mengesan lokasi kapal tersebut dan memberi bantuan kepada mangsa" tambahnya lagi.





Melalui kenyataan MAS, penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi tadi pada ketinggian 35,000 kaki tanpa sebarang laporan kecemasan oleh kapten dan pembantu juruterbang pesawat tersebut.

Sebelum ini, Boeing 777 milik Asiana Airlines yang membawa 291 penumpang turut mengalami kemalangan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Julai 2013, mengorbankan tiga orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.

Apapun, kita doakan semoga pesawat dapat dikesan dan penumpang serta krew dalam keadaan selamat. #pray4mh370


Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved