Tegas Khairy, beliau enggan melayan kerenah Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang disifatkannya mengamalkan amalan khurafat dan upacara ritual hingga memalukan negara.
“Dia sorang yang nak tampar saya…tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.
“Perbuatan dia syirik, khurafat…saya tak nak layan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan dengan pengundi di Kajang.
Sebelum ini Ibrahim bomoh yang bergelaran ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya di atas kenyataannya itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment