ONEXOX
BannerFans.com

'Saya Tidak Boleh Bertanding Tapi 'Langkah Kajang' Tetap Diteruskan - Anwar

on Friday, March 7, 2014

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar bahawa 'Langkah Kajang' tidak akan terjejas walaupun beliau tidak boleh bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan rumahnya di Segambut Dalam pada Jumaat, Anwar berkata, beliau akan terus memainkan peranan di Selangor.

"Saya tidak boleh bertanding, (tapi) saya akan memastikan dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat bahawa langkah Kajang tidak akan terjejas.

"Tidak kira siapa yang akan bertanding; mereka akan bertanding atas nama Pakatan, yang akan terus membangunkan Selangor.



"Saya akan terus memainkan peranan utama di Selangor," kata Anwar yang kelihatan bersemangat.

Anwar dalam perjalanan ke Kajang untuk bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat bagi membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.





Ketika ditanya siapa calon yang terlintas di fikirannya, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mengenai perkara itu.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat setelah didapati bersalah meliwat Saiful, enam tahun lalu.

Beliau dituduh meliwat Saiful, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga anggota mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan, dengan jaminan RM10,000.

Hakim Balia memerintahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membayar jaminan itu Isnin ini sebelum 11 pagi.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved