ONEXOX
BannerFans.com

RM726 untuk dua ekor patin, restoran tak langgar peruntukan - KPDNKK

on Friday, March 7, 2014

Datuk Seri Alias Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - KPDNKK berkata hasil siasatan mendapati restoran tersebut tidak melanggar sebarang peruntukan di bawah Perintah Penandaan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993.



Ini kerana pihaknya juga mendapati tanda harga ada dipamerkan di dalam restoran berkenaan dan pengguna juga mempunyai akses kepada harga ikan kelah, patin buah dan udang galah sebelum membuat tempahan.

Cuma notis untuk penjelasan pemilik restoran dikeluarkan kerana harga yang mahal tersebut.





"Namun kita berpendapat harga itu mahal dan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 sudah dikeluarkan bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada pemilik restoran berkenaan harga ikan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved