ONEXOX
BannerFans.com

Sayu: Zirafah Ucap Selamat Tinggal Kepada Bekas Pekerja Zoo Yang Tenat Akibat Barah

on Sunday, March 23, 2014

Suasana mengharukan menyelubungi zoo di Belanda apabila seekor zirafah dilihat seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada bekas pekerja zoo yang tenat kerana menghidap barah.

Bekas pekerja berusia 54 tahun itu sebelum ini meminta supaya dia dibawa ke kandang zirafah di Zoo Rotterdam’s Diergaarde Blijdorp.

Keadaan yang menyentuh hati itu menyaksikan seekor zirafah itu menghampiri lelaki berkenaan, Mario, dan dilihat seolah-olah memberi ciuman selamat tinggal.



“Haiwan itu mengenalinya dan dapat merasakan sesuatu yang buruk menimpanya. Ia suasana istimewa dan anda boleh melihat haiwan itu melemparkan senyuman kepada Mario yang sebelum sakit menghabiskan masa bekerja di kandang berkenaan,” kata pengasas Ambulance Wish Foundation, Kees Veldboer. Mario kemudian meminta peluang mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan sekerjanya. “Kami gembira dapat menunaikan permintaan terakhir Mario,” katanya.






Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved