Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkannya sebagai “visual pertama dilihat dalam carian setakat ini”.
Objek itu dilihat oleh pesawat awam untuk membantu mencari Boeing 777-200ER pada Sabtu.
“Sebahagian daripadanya adalah palet kayu dan beberapa barangan lain yang tidak dapat digolongkan di sekelilingnya dan beberapa tali pinggang daripada beberapa warna dan kepanjangan berbeza,” kata penyelaras operasi pesawat AMSA, Mike Barton.
“Kami cuba mencari semula semalam, menggunakan salah satu daripada pesawat New Zealand, dan malangnya mereka tidak menemuinya. Ia adalah perkara biasa – anda hanya perlu terbang beberapa ratus meter dengan pesawat laju,” katanya pada taklimat media.
Barton berkata, pencarian hari ini, yang membabitkan empat pesawat tentera dan empat pesawat awam akan kembali ke kawasan itu untuk mencuba mencari lagi objek berkenaan.
Pakar penerbangan yang memberikan pandangan mereka berkata, palet kayu biasanya digunakan untuk membungkus barangan dalam pesawat menyebabkan Barton menggambarkan ia sebagai “petunjuk yang munasabah”.
Beliau berkata, palet seumpama itu biasanya dibungkus ke dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke perut kapal terbang tetapi ia juga sering digunakan dalam industri perkapalan.
Beliau memberi amaran, tali yang kelihatan “boleh jadi apa sahaja” dan sehingga pasukan pencari berjaya mencari semula objek berkenaan dan melihatnya sendiri, agak sukar untuk mengatakan sama ada ia berkaitan dengan MH370 atau tidak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment