ONEXOX
BannerFans.com

Suasana hiba selubungi mahkamah

on Friday, March 7, 2014

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya mampu mengalirkan air mata apabila Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan melakukan liwat pada tahun 2008.

Turut kelihatan sebak dan mengalirkan air mata ialah anak perempuannya, termasuk MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang hadir ke mahkamah.

Keputusan mensabitkan Anwar, yang sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Tinggi Kuala Lumpur, dicapai sebulat suara oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.



Suasana hiba itu berlaku sewaktu mahkamah sedang menimbang untuk sama ada mendengar permohonan mitigasi (pengurangan hukuman) daripada peguam Anwar, Karpal Singh.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," kata Anwar.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh bagaimana pun bertegas mahu mitigasi diputuskan hari ini.





Wan Azizah bangun dari tempat duduknya di galeri awam dan cuba untuk menenangkan Anwar.

Serentak dengan itu, Nurul Izzah yang turut berada di galeri awam meninggikan suara dan mahu tahu kenapa mitigasi tersebut perlu disegerakan hari ini.

"Kenapa perlu tergesa-gesa?" tanya Nurul Izzah.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun Anwar, yang ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah turut menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar paling lewat pada hari Isnin.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved