ONEXOX
BannerFans.com

Tafsir Palsu Ayat Surah Yasin Isu Pesawat MAS MH370

on Monday, March 10, 2014

Tafsir palsu ayat surah Yasin dengan insiden isu pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang. Pengguna dilaman sosial khususnya dinasihatkan supaya tidak menyalah tafsir ayat suci dalam Surah Yassin dan mengaitkan dengan insiden MH370. Surah yang dimaksudkan adalah penyebaran tafsir ayat 41 surah yasin untuk dikaitkan dengan kehilangan MH370.



Penjelasan Salah Tafsir Ayat Surah Yasin

Maka berhubung dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)

Jawapan: Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)

Jawapan: Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.





3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:

-Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
-Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)

Jawapan: Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut:

“ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?

Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy
(Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu)

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved