Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lelaki terbabit menceroboh rumah dua tingkat didiami mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual cermin mata melalui pintu dapur sebelum memasuki bilik tidur wanita terbabit di tingkat atas.
Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun tersedar selepas lelaki tidak dikenali itu menutup mulutnya dan mengugut akan mencederakan mangsa jika menjerit.
Selepas merogol mangsa, suspek dikatakan memberitahu namanya dan memberi nombor telefon selain berjanji akan datang semula ke rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata, siasatan awal mendapati adik mangsa tidur di bilik bersebelahan, manakala ibu bapa mereka di tingkat bawah rumah terbabit
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment