Peminjam-peminjam PTPTN akan mengambil peluang yang sedia ada untuk turut serta sekali bersama Himpunan Hari Pekerja 2014 yang akan berlangsung pada 1 Mei nanti di KLCC pada jam 2 petang.
Dijangkakan sasaran 10,000 boleh dicapai memandangkan ramai peminjam yang tertipu dan merasakan resolusi yang dibuat hanya untuk meraih undi peminjam PTPTN untuk Pilihanraya Umum 13.
Tiga perkara penting resolusi yang masih gagal dilaksanakan sejak 10 April 2012 :
1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.
2. Kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.
3. Bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271
Qadafi Muhamad Shuib
Admin Gabungan Peminjam PTPTN
https://www.facebook.com/gabunganpeminjamptptn
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Lebih baik masa itu digunakan untuk buat perkara lebih berfaedah.
mind before you sign up contract with Ptptn.teliti betul2 syarat tu.klu masa nk meminjam, awal2 lagi sign &setuju dgn syarat2 kenapa sekarang nak berhimpun &protes.adat brhutang&janji masa nk meminjam kena la ditunaikan.klu niat betul2 nk bayar ,insyallah dpermudahkan jalannya.
Macam bajet tahun lepas,ada tawaran diskaun bayaran balik jika memenuhi syarat2 y dinyatakan. Untuk peminjam beberapa tahun kebelakangan ni ,dah ada peluang utk tukar pinjaman kpd biasiswa jika dpt 1st class..kepada ibu bapa,rancanglah kos pendidikan anak2 sejak dari awal .eg:beli takaful pendidikan asejak dari bayi berusia 1 bulan.
April 14, 2014 at 3:41 AM
Tunggu gaji 3k kelak, dah byk belanja -utk kereta, rumah, susu anak berderet.
Selagi xsampai 3k, hutang xpayah bayar ka?
Adat meminjam kenalah membayar biarpun sikit tapi konsisten.
April 14, 2014 at 7:58 AM
Post a Comment