ONEXOX
BannerFans.com

Hina Nabi Muhammad, Suami Isteri dihukum mati

on Monday, April 7, 2014

Sepasang suami isteri beragama Kristian dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW di timur wilayah Punjab di sini.

Peguambela, Nadeem Hassan berkata, hakim menjatuhkan hukuman itu, kelmarin terhadap Shafqat Emmanuel, 38, dan isterinya, Shagufta Kausar, 42, yang ditahan di sebuah penjara di bandar Toba Tek Singh.

Jabatan pendakwa mengesahkan hukuman berkenaan.



Nadeem berkata, pasangan suami isteri itu akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Pada Julai lalu, imam sebuah masjid di Gojra, Maulvi Mohammad Hussain membuat aduan tentang satu mesej yang diterimanya daripada pasangan itu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Maulvi mendakwa Shafqat menghantar mesej itu menggunakan telefon bimbit isterinya.

Namun, peguam Nadeem berkata, teks mesej itu berasal daripada sebuah telefon bimbit pasangan itu yang hilang sebelum insiden berkenaan, jadi tidak mungkin Shafqat dan isterinya yang melakukan perbuatan tersebut.





Tambah Nadeem, kedua-dua pesalah itu disyaki mempunyai musuh menyebabkan mereka terbabit dalam kes itu. Pasangan itu turut dikatakan mempunyai kaitan dengan pengadu.

Pakistan melaksanakan undang-undang keras terhadap pesalah yang memfitnah Islam, termasuk hukuman mati terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW dan undang-undang itu sering digunakan sebagai cara bagi menyelesaikan perbalahan peribadi.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved