ONEXOX
BannerFans.com

Kisah pelakon seksi, Nasha Aziz tampil bertudung

on Wednesday, April 9, 2014

Nasha Aziz merupakan antara pelakon wanita tempatan yang sering memegang watak menggoda dalam filem atau drama. Popularitinya setanding dengan pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Rita Rudaini, Erma Fatima dan Raja Azura.

Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini, kemunculan Nasha dalam filem mahupun drama semakin kurang. Semuanya mungkin disebabkan kehadiran muka-muka baru pelakon wanita yang tidak kurang cantik, jelita dan berbakat.

Baru-baru ini, Nasha Aziz telah diberi peranan untuk melakukan watak Zainab dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama barisan pelakon lain seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah & Yasmin Hani.

Menariknya, watak Zainab yang dipegang oleh aktres berusia 42 tahun itu ialah seorang gadis berimej muslimah yang memerlukan beliau mengenakan tudung labuh dan memakai pakaian ala-ala arab lengkap dengan perhiasan.





Menyedari peranan yang diberikan cukup berat, Nasha Aziz bertekad bertudung dan menjaga penampilan muslimah dalam kehidupannya yang sebenar. Katanya menerusi portal murai, dia berjanji akan memberikan komitmen paling kurang 100 peratus.

“Rasanya bila kita bercakap tentang etika bekerja, apa sahaja yang saya lakukan saya akan pastikan ianya harus kalau boleh tak dapat 200 peratus pun tapi dapat 100 peratus pun jadilah.”





“Malah penampilan saya hari ini sebenarnya saya dengar tidak lagi memenuhi 100 peratus sempurna daripada pereka kostum bagi watak saya dan pelakon lain. Tidak silap saya, ini hanya 10 peratus sahaja daripada yang sepatutnya daripada watak kami.”

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved